Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Bomoh cabar Pesulap Merah menembak pula


JAKARTA: Ahli silap mata merah yang membongkarkan penipuan dukun di Indonesia sekali lagi menjadi tumpuan selepas dia dicabar melepaskan tembakan oleh, Salim Jindan Al-Habsyi atau dikenali Habib Jindan.

Lapor Suara.com, cabaran itu disahut oleh pensulap merah atau nama sebenarnya Marcel Radhivel dengan menegaskan pemilikan senjata api mesti mempunyai permit.

Katanya, Habib Jindan sepatutnya pergi ke balai polis untuk meminta kebenaran menggunakan senjata api kerana tidak semua orang boleh mendapatkan permit.

“Kalau tidak percaya, datang ke balai polis. Sila pinjam dan tembak kepala sendiri.

“Sebab saya tidak ada kebenaran dari polis. Jadi, tidak dibenarkan untuk bukti sebegitu,” katanya.

Marcel berkata, pihak berkuasa di negara ini tidak pernah membenarkan penggunaan senapang angin atau senjata api untuk menembak tanpa sebab atau menjalankan ujian.


“Seperti yang saya katakan, penggunaan senjata api memang tidak dibenarkan.

“Lebih-lebih lagi, kalau hanya untuk membuktikan kehebatan,” katanya.

Sebelum ini, Persatuan Dukun Indonesia membuat laporan polis terhadap pensulap merah kerana menghina profesion ahli bomoh.

Laporan itu dibuat selepas beberapa bomoh kehilangan pendapatan akibat kandungan media sosial yang dimuat naik oleh Marchel dalam YouTube dan Instagram

-utusan