Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Dalam sejarah, Peguam Negara akan ditukar mengikut suara kepimpinan negara -Azalina


Berucap pada majlis Taklimat Khas Presiden Umno di Dewan Merdeka WTC Kuala Lumpur hari ini, Azalina berkata bahawa sesiapa sahaja yang menjadi perdana menteri perlu melantik daripada “orang dia “ untuk memudahkan urusan.

"Kita tengok sejarah mana-mana negara demokrasi, peguam negara akan ditukar mengikut suara kepimpinan negara tersebut."

Seperti perjalanan kes SRC Dato Seri Najib Razak, UMNO mendapati bekas Presiden UMNO itu tidak mendapat hak perbicaraan dan keadilan yang sepatutnya beliau terima.
 
"Saya pun terperanjat, tangguh dua bulan tak boleh, tangguh tiga bulan tak boleh. Tan Sri Shafee minta tangguh satu hari baju tak sempat nak tukar, pun tak boleh. Sebab? Mesti masukkan harini juga."ujarnya.

"Maknanya dalam kes-kes jenayah, ada apa-apa bukti yang dilihat boleh menggoyangkan keputusan itu dibawa masuk, dibenarkan"

"Bukan saja dalam Islam, dalam semua aspek sekalipun. Itu sebab dalam proses undang-undang, keadilan itu ialah memberikan segala-galanya yang kita nak bawa. Maknanya dalam Islam sekalipun seorang itu tidak boleh dianggap bersalah sehingga mencukupi segala bukti dia bersalah.

"Tan Sri Shafee, Dato Zaid sebagai peguam cuba sedaya upaya membawa (bukti). Kita bukan peguamnya, kita bukan dalam mahkamah. Kita tidak tahu.

"Tetapi yang kita tahu, kalau nak tangguh pun tak boleh, jawapannya..jeng jeng jeng.." ujar Azalina smabil nendapat tepukan  gemuruh dari hadirin.

Untuk rekod Tengku Maimun dilantik oleh Tun Mahathir sebagai Ketua Hakim Negara ketika pemerintahan Pakatan Harapan, sementara Idrus dilantik oleh Kerajaan Perikatan Nasional di bawah pimpinan Muhyiddin Yassin.

Tarik Handbrake

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO itu mencabar agar Parlimen segera dibubarkan bagi membolehkan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) diadakan.

Menurutnya, pelbagai tekanan perundangan dibuat keatas UMNO ketika ini termasuk membabitkan kes bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana ada pihak yang takut dengan kemaraan parti itu.

"Nak tukar peguam tak boleh. Kata kuat sangat, takkan takut? Kalau betul-betul berani, kita lawan.

"Hari ini kita tarik 'handbrake', lawan tetap lawan. Takkan masukkan bossku dalam penjara sebab nak menang?" katanya.


Taklimat khas hari ini adalah solidariti kepada bekas perdana menteri Najib Abdul Razak yang kini di penjara di Penjara Kajang selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi hukuman 12 tahun dalam Kes SRC International Bhd.

UMNO memandang serius isu ini kerana mendakwa Najib dinafikan oleh mahkamah dalam mendapat 'fair trial' dalam  kes SRC. Mahkamah turut dipersoal kerana Najib telah dihukum sebelum didapati bersalah apabila viralnya draf keputusan penghakiman terhadap beliau.

-Tun Carlos