Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

'Ini bukan sarkas' kata Sithambaran kepada peguam Najib


PUTRAJAYA: “Ini bukannya sarkas, sesiapa sahaja boleh datang dan pergi sesuka hati.”

Kenyataan oleh Timbalan Pendakwa Raya Kanan adhoc, Datuk V. Sithambaram itu jelas menunjukkan rasa tidak puas hatinya apabila pihak pembelaan memaklumkan bahawa peguam, Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin akan meneruskan hujahan berkaitan permohonan agar Ketua Hakim Negara menarik diri.

Terdahulu, peguam Hisyam Teh Poh Teik memaklumkan bahawa Firoz yang pada ketika itu berada di galeri awam akan menyambung hujahannya.


Firoz kemudian bangkit dari galeri awam, berjalan menuju ke meja peguam dan memohon agar pendengaran kes itu ditangguhkan sementara sehingga selepas waktu makan tengah hari.

Firoz: Memandangkan (Tan Sri) Shafee tidak dapat membuat hujahan hari ini, maka beliau meminta saya untuk berhujah. Tetapi saya memohon agar hujahan ini ditangguhkan sehingga selepas makan tengah hari.

Sithambaram: Yang Amat Arif, ini bukannya sarkas. Orang boleh datang dan pergi.

KHN: Tuan Haji (Hisyam) telah membuat hujahan yang lengkap dan menyeluruh. Kami (panel hakim) tidak merasakan hujahan lanjut diperlukan.

Mahkamah kini sedang berhenti rehat bagi membuat keputusan mengenai permohonan Najib agar Hakim Tengku Maimun menarik diri. 

– UTUSAN