Ibu Pejabat Umno Malaysia sekali lagi menjadi tumpuan hari ini apabila pemimpin akar umbi parti itu dilaporkan berkumpul di situ menjelang tengah hari ini.
Difahamkan lebih 100 pimpinan UMNO menghadiri mesyuarat tergempar ini.
Dikhabarkan ketika ini ketua-ketua bahagian Umno dari seluruh negara sedang bertemu dengan pemimpin tertinggi parti, termasuk presiden mereka Ahmad Zahid Hamidi.
Media tempatan pula melaporkan turut terlibat dalam pertemuan tertutup itu termasuk Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan, dan naib presiden Mohamed Khaled Nordin.
Laporan The Star Online pula memetik nama Menteri Besar Perak Saarani Mohamad, Pengerusi Umno Terengganu Ahmad Said, dan anggota Majlis Kerja Tertinggi Umno Mohd Sharkar Shamsudin sebagai antara tokoh yang hadir.
-StarOnline