Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Mahkamah batalkan pertuduhan ke atas Fahmi Reza


Mahkamah menerima permohonan artis dan pereka grafik Fahmi Reza untuk membatalkan pertuduhan terhadpanya berhubung dakwaan membuat hantaran menghina terhadap Adham Baba di Twitter.

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini menerima permohonan Fahmi untuk dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) bagi kes ini.

DNAA bermaksud sementara pertuduhan telah digugurkan, pihak pendakwaan boleh membuat pertuduhan semula pada masa akan datang.

Peguam Fahmi, Rajsurian Pillai mengesahkan hakim Nor Hasniah Ab RAzak setuju dengan bantahan awal yang dikemukakan terhadap pendakwaan jenayah itu.

Dia berkata mahkamah memberikan DNAA dan mengarahkan wang ikat jamin RM5,000 dipulangkan.

"Hakim setuju (dengan hujah pembelaan) yang pendakwaan ini cacat," katanya ketika dihubungi.


Pada 10 Februari lalu, Fahmi mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan atas dakwaan menggunakan akaun Twitter secara tidak wajar, dengan membuat hantaran didakwa menghina kepada Adham tahun lalu, ketika itu sebagai menteri kesihatan.

Dia dituduh mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233 (3) akta sama, yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya dan hendaklah didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan, jika sabit kesalahan.

-Malaysiakini