Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

MKT pro-Ismail Sabri 'kurang senang' dengan Taklimat Presiden UMNO


KUALA LUMPUR – Beberapa ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno didakwa  ‘kurang senang’ dengan Taklimat Khas Presiden UMNO kerana dianggap ‘keterlaluan’.

Ahli-ahli MKT yang dipercayai dari "kumpulan broker" merasakan tidak sewajarnya Taklimat Khas Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi jadi medan hentam-menghentam seperti itu.

“Mood MKT malam ini menyatakan Taklimat Khas Presiden tadi ‘over’.

“Tak patut suasana macam tu, Umno seharusnya tampilkan imej parti yang bergerak dalam satu unit bukan hentam -menghentam seperti itu,” lapor portal Suara.TV memetik kata sumber malam tadi di Menara Datuk Onn.


Tidak pasti samada betul atau tidak, sumber itu juga memberitahu pada akhirnya MKT bersepakat tidak lagi mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri untuk mempercepatkan pembubaran Parlimen untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

“MKT semua tidak lagi akan mendesak Perdana Menteri kerana hak bubar Parlimen dan tarikh PRU-15 adalah hak mutlak Perdana Menteri.

“Bahkan MKT juga menggesa Umno patut kelihatan harmoni bukannya berantakan seperti yang ditampilkan dalam Taklimat Khas tadi,” ujar sumber itu lagi. 

Pada Sabtu, Majlis Kerja Tertinggi UMNO mengadakan mensyuarat sejurus selepas tamatnya Taklimat Presiden UMNO. Menurut Setiausaha Agong UMNO Ahmad Maslan berkata keputusan mesyuarat kemungkina akan disiarkan kepada umum pada esok hari.

sumber: Suara.Tv