Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

OctaFX kini dalam senarai 'Amaran' Bank Negara


Bank Negara Malaysia (BNM) dalam satu kenyataan sebentar tadi telah mengemas kini Senarai Amaran Pengguna Kewangan (FCA) pada 29 Ogos 2022, Isnin.

Senarai ini yang dikeluarkan terdiri daripada syarikat dan laman web yang tidak dibenarkan atau diluluskan di bawah undang-undang dan pentadbiran berkaitan yang ditadbir oleh BNM.

Melalui kemas kini tersebut, BNM telah menambah syarikat OctaFX ke dalam senarai tersebut yang dikeluarkan sebagai panduan kepada pengguna.

Dalam pada itu, menurut BNM, senarai yang dikeluarkan adalah tidak lengkap dan hanya berfungsi sebagai panduan kepada orang ramai berdasarkan maklumat dan pertanyaan yang diterima oleh BNM. 



Menurut BNM, FCA merupakan panduan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai entiti atau skim yang telah disalah anggap atau kelihatan sebagai entiti atau skim berlesen atau dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia (BNM).

Ia dikemas kini berdasarkan maklumat yang diterima oleh BNM daripada orang ramai dan selepas menjalankan penilaian sewajarnya ke atas entiti atau skim yang dilaporkan.

Disamping itu, senarai akan terus dikemas kini secara berkala untuk rujukan orang ramai.

Sumber: Bank Negera

-Siakap Keli