Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Panel 5 Hakim benarkan pasukan Najib pinda usul tambah bukti baru


PUTRAJAYA: Panel 5 Hakim membenarkan pasukan pembelaan DS Najib Razak yang diketuai Hisyam Teh untuk meminda usul bagi penambahan bukti baru kepada mahkamah.

Hisyam mempersoalkan tindakan Hakim Nazlan menyembunyikan fakta bahawa Maybank dan Nazlan sendiri yang memberi cadangan penubuhan SRC dalam penghakimannya sebelum ini.

Belum ada permohonan untuk menagguhkan kes SRC dari pihak pembelaan.

Ketua Hakim Negara, Tengku Maimun Tuan Mat mengetuai panel lima hakim mahkamah persekutuan mendengar permohonan Najib Razak untuk mengemukakan bukti baru dalam kes rasuah SRC International.

Anggota panel lain ialah Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Abang Iskandar Abang Hashim dan hakim Mahkamah Persekutuan P Nallini, Mary Lim Thiam Suan dan Mohamad Zabidin Mohd Diah.

Permohonan bukti baru yang dikemukakan Najib adalah berasaskan bahawa hakim Nazlan mempunyai konflik kepentingan kerana pernah menjadi peguam am di Maybank sebelum ini.


Dakwaan percanggahan kepentingan itu tertumpu kepada peranan bank komersial itu dalam pembentukan SRC serta pinjaman kepada 1MDB.

Walaupun Najib telah menarik balik dakwaan rasuah terhadap Nazlan, bekas perdana menteri itu tetap berpendirian bahawa Nazlan memiliki konflik kepentingan.