Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Peguam dedah apa akan belaku jika tiada hujahan dari pasukan Najib


SHAH ALAM - Keenganan peguam Datuk Seri Najib Tun Razak, Hisyam Teh Poh Teik yang berkeras tidak mahu membuat penghujahan lisan dalam prosiding rayuan terakhir bekas Perdana Menteri minggu depan mungkin menyaksikan panel hakim memendekkan tarikh membuat keputusan.

Mengikut notis perbicaraan yang dikeluarkan Pejabat Pendaftaran Mahkamah Persekutuan pendengaran rayuan dijadualkan berlangsung 15 hingga 26 Ogos 2022.

Haniff Khatri


Peguam, Mohamed Haniff Khatri Abdulla berpendapat, Mahkamah Persekutan berkemungkinan akan membuat keputusan kes itu pada Selasa depan (23 Ogos 2022).

"Sekiranya pada Selasa depan peguam (Najib) Hisyam, atau mana-mana peguam lain mahu pun Najib sendiri tidak menfailkan apa-apa hujahan bertulis dan tidak ingin hendak berbuat apa-apa tambahan hujahan lisan maka mahkamah akan melangsungkan kes.

"Ia bagi tujuan memberikan keputusan berdasarkan kepada hujahan-hujahan bertulis yang ada, sama ada yang sudah difailkan di Mahkamah Persekutuan atau tidak.

"Jika tidak maka berpandukan kepada hujahan-hujahan bertulis dan rekod-rekod hujahan lisan di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi, dan hujah alasan-alasan rayuan yang sudah ada di dalam Petisyen Rayuan, saya percaya berjumlah 94 atau 97 jumlah alasan rayuan tersebut, maka mahkamah akan berpandukan kepada semua rekod yang ada, hujahan bertulis, rekod hujahan lisan yang direkodkan menerusi transkrip keterangan ada dalam rekod rayuan 176 jilid dan Petisyen Rayuan," katanya kepada Rasuah Busters pada Jumaat.


TIDAK BOLEH SALAHKAN MAHKAMAH

Jelas Mohamed Haniff, Mahkamah Persekutuan mempunyai kuasa dari segi undang-undang rayuan jenayah tanpa kekangan Perlembagaan, Akta Parlimen untuk membuat keputusan berpandukan apa yang sedia ada.

"Mahkamah tidak langsung boleh disalahkan untuk perkara ini. Penolakan mahkamah dalam beberapa permohonan Najib tidak membawa maksud Najib tidak diberikan keadilan.

"Orang yang 'mereka' atau arkitek bahawa Najib tidak menerima keadilan, adalah Najib sendiri.

"Bagi saya sebab beliau tidak tekun, tidak pandang serius, rajin dan tegas untuk menentukan bagaimanakah dia hendak jalankan rayuannya sejak 29 April 2022.

"Najib tidak menentukan strategi-strategi dia, pada hari Selasa atau semalam dia membuat kenyataan dia tukar peguam sebab hendak persepktif berbeza, baik...itu hak dia.

"Tetapi patut dia putuskan apabila Mahkamah Rayuan buat keputusan pada 8 Disember 2021 atau selewat-lewatnya apabila Mahkamah Persekutuan pada 29 April 2022 telah menetapkan tarikh rayuan sekurang-kurangnya pada tarikh itu, Najib kalau dia serius mengenai masa hadapannya sepatutnya dia bincang awal-awal dengan peguamnya," katanya lagi.

HAKIM SUDAH BIASA KES PECAH AMANAH, RASUAH, GUBAH WANG HARAM

Ulas Mohamed Haniff, selain itu ada beberapa kemungkinan lain yang akan berlaku pada Selasa ini jika tiada hujahan daripada pasukan Najib.

"Saya juga tidak terkejut, jika pertamanya, Mahkamah Persekutuan akan menamatkan proses pendengaran rayuan, nombor dua mereka kemudian tahap seterusnya iaitu tahap terakhir iaitu menentukan keputusan.

"Untuk kes ini, sebenarnya tiada apa-apa fakta yang rumit atau soalan perundangan yang susah. Ketiga-tiga kategori pertuduhan yang didapati bersalah iaitu pecah amanah, salah laku rasuah, gubahan wang haram, adalah pertuduhan yang sering dibawa ke Mahkamah Rayuan dan Persekutuan, mereka sudah biasa dengan perkara ini," katanya.

Jelasnya, besar kemungkinan juga para hakim (panel lima hakim Mahkamah Persekutuan) akan berunding untuk memutuskan keputusan.

"Ia akan mengambil sedikit masa, kalau mereka perlukan masa maka mereka akan maklumkan kepada semua pihak bahawa mereka memerlukan masa.

"Maka mereka akan menangguhkan pada satu tarikh tertentu yang akan ditetapkan, tapi kalau mereka bersedia untuk memberikan keputusan maka mereka boleh beri keputusan," katanya.

STRATEGI

Hanif berpendapat, strategi baharu Najib ini (tidak memberi hujahan) mungkin memakan dirinya sendiri.

"Najib sendiri yang mengakibatkan tidak ada hujahan dibuat secara lisan atau pun bertulis jika tiada yang difailkan pada hari Selasa depan.

"Jadi dia tidak ada hak untuk menyalahkan orang lain, tiada hak juga untuk menunding jari pada mahkamah, sebab mahkamah tidak bersalah dalam keadaan ketika ini. Mahkamah berapa kali mendengar permohonan, mahkamah tidak pernah kata kepada Hisyam untuk tidak berhujah mahkamah masih dengar," katanya.

Awal minggu ini, mahkamah menolak permohonan pihak pembelaan untuk menangguhkan pendengaran rayuan untuk tiga hingga empat bulan bagi membolehkan pihak tersebut mempunyai lebih masa membuat persediaan.

Pada Julai 2020, Najib disabitkan dengan tujuh pertuduhan salah guna kuasa, pengubahan wang haram dan pecah amanah jenayah ke atas dana SRC International berjumlah RM42 juta.

Pada 8 Dis 2021, Mahkamah Rayuan juga mengekalkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta."

-SinarPremium