Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Pengarah filem, Ahmad Idham dedah punca keluar parti Bersatu


PETALING JAYA: Penerbit dan pengarah filem terkenal, Ahmad Idham Ahmad Nadzri mengumumkan keluar Parti Pribumi Bersatu Malays1a (Bersatu) sekali gus melepaskan jawatan sebagai Ketua Cawangan Bersatu Pinggiran Ukay, Bahagian Ampang.

Mengesahkan kepada Mingguan Malaysia, beliau berkata, alasan keluar parti kerana mendakwa terdapat banyak masalah dalaman Bersatu selain janji-janji yang tidak dikota sepanjang bersama parti itu.

Menurut Ahmad Idham, selama ini beliau hanya berperanan sebagai ahli parti biasa dan tidak memegang jawatan ketua cawangan seperti dilaporkan.

“Sudah tiada lagi (bersama Bersatu). Masalah banyak hanky-panky, ada ‘mainan’ ketua bahagian yang tidak senang dengan saya, ada juga janji yang saya tidak dapat.

“Saya hanya ahli biasa. Pasal jawatan sebagai ketua cawangan, itu mereka (parti) yang cakap, tetapi buat tidak tahu. Dokumen pun tiada,” katanya ket1ka dihubvngi semalam.

April lalu, penerbit filem Jangan Pandang-Pandang itu dilaporkan menyertai politik dan dilantik sebagai Ketua Cawangan Bersatu Pinggiran Ukay dengan matlamat mempertingkat pembangunan dan kesedaran terhadap hab pendidikan khas untuk golongan anak istimewa.

Sebelum itu, Utusan Malaysia meminta penjelasan mengenai kehadirannya bersama pelakon, Datuk Seri Eizlan Yusof dalam mesyuarat bagi penubuhan Gagasan Bangsa, yang akan bergabung dengan Gerakan Tanah Air (GTA) dalam mencorakkan naratif politik Melayu baharu.

Ini menimbulkan prasangka jika Pengarah Terbaik (Telefilem) Anvgerah Skr1n 2003 itu dilihat mencari ‘rumah baharu’ dengan gagasan baharu GTA, selepas meninggalkan Bersatu.


Untuk rekod, Bersatu diasaskan bekas Pengerusi Bersatu, Tvn Dr. Mahath1r M0hamad sebelvm membentvk parti baharu d1namakan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) yang kini berada dalam GTA.

Selain Pejuang, GTA dianggotai Parti Berjasa (Berjasa), Parti Bvm1putera Perkasa Malaysia (Putra) dan Parti Perikatan India Muslim Nasional (IMAN) yang menyasarkan 120 kerusi Parlimen pada PRU15.

Kata Ahmad Idham, pol1tik benda baharu dalam h1dvpnya tetapi, kalau ada salvran yang b0leh untvk bersama membantv masyarakat, maka bel1au akan bersama parti pol1tik atau pertubvhan bvkan kerajaan (NGO).

- Utusan