Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Peninju maut di gelanggang Muay Thai dekat Kota Bharu (video)


KOTA BHARU: Seorang peninju Thailand meninggal dunia ketika mendapat rawatan kecemasan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) pagi semalam, akibat pendarahan otak yang dialami dalam pertarungan yang disertainya di Kampung Che Deris dekat Badang di sini, kelmarin.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun, berkata mangsa, Mr Kittichai Chaengkhao, 28, dilaporkan tidak sedarkan diri selepas diserang petinju Malaysia berusia 29 tahun daripada Kelab Red Army Kuala Lumpur ketika menyertai perlawanan Muaythai Ambang Merdeka 2022 di Kampung Che Deris, Badang, di sini, kelmarin

Beliau berkata, mangsa pada mulanya dikejarkan ke Klinik Kesihatan Badang pada jam 1 pagi semalam, sebelum dirujuk ke HRPZ II tetapi disahkan meninggal dunia pada jam 10.57 pagi, selepas beberapa jam bertarung nyawa akibat berlaku pendarahan di dalam otak.

"Ketika kejadian, mangsa yang berasal dari Chumpong, Thailand, berlawan dengan seorang peserta dari Kuala Lumpur, tetapi kemudian tewas dan jatuh sebelum tidak sedarkan diri dan dibawa mendapatkan rawatan.


"Sebaik segala urusan siasatan dilakukan, jenazah dibawa pulang untuk diserahkan kepada waris melalui Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang.

"Siasatan mendapati insiden ini tidak membabitkan sebarang unsur jenayah sebaliknya kemalangan ketika bersukan selain penganjur pertandingan juga mempunyai permit lengkap," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kelantan (IPK), di sini, hari ini.