Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Pensyarah dikecam, buat kaji selidik lucah terhadap pelajar wanita



Isu gangguan seksual bukanlah satu perkara yang boleh diambil ringan oleh mana-mana pihak dan setiap kes yang dilaporkan kepada pihak berkuasa haruslah diambil serius demi membendung gejala ini dari terus berleluasa.

Pun begitu, baru-baru ini seorang gadis @awwinnn_ di Twitter mendedahkan bahawa setahun yang lalu dia telah menerima gangguan seksual dari pensyarahnya.

Laporan mengenai kes itu telah dibuat kepada polis.


Menurutnya, semua ini bermula apabila dia menghantar pesanan Whatsapp kepada pensyarahnya untuk bertanyakan mengenai assignment.

Walau bagaimanapun, pensyarah berkenaan meminta dia menjawab soalan kaji selidik yang kalau dilihat pada soalannya ia berunsur lucah.

Korang boleh tengok lebih lanjut di sini. Cuma nak ingatkan soalan-soalannya agak kurang menyenangkan. Jadi korang boleh skip kalau rasa tak selesa.






Menurutnya, ketika menjawab soalan tersebut dia hanya bersangka baik dengan pensyarah tersebut memandangkan banyak kes sexual harassment berlaku semenjak dua menjak ini.

Namun perkara ini bertambah buruk apabila pensyarah mula membuat panggilan telefon dan bertanyakan soalan ‘kotor’ serta mengajak melakukan onani.

Dakwanya, pihak polis juga sudah menerima segala bukti kes termasuklah telefon pintar dan sim card yang digunakan untuk proses forensik.

Dia yang baru menamatkan pengajiannya pada Mac lalu juga telah dihubungi pihak universiti berkaitan hal ini. Namun menurutnya, pihak universiti hanya bertanyakan mengenai sama ada kes ini telah digugurkan ataupun tidak.

Katanya lagi, kes ini masih lagi berjalan dan dia sudah bertanyakan kepada pegawai yang bertugas untuk mengesahkan status kesnya itu.


sumber: Letehstudio