Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Polis dan SKMM kesan posting ancaman terhadap Hakim Negara


Polis akan melancarkan siasatan segera berhubung ugutan yang dibuat terhadap Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat.

Ketua Polis Negara Acryl Sani Abdullah Sani berkata walaupun tiada laporan dibuat, ia adalah isu yang serius.

Menurutnya, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) persekutuan akan mengesan mereka di sebalik ancaman ini di platform media sosial seperti Twitter dan Facebook.

"Saya sudah mengarahkan JSJ Bukit Aman memulakan siasatan dengan meneliti segala ancaman serta ugutan terhadap Ketua Hakim Negara dan siasatan sama turut membabitkan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT).

"PDRM tidak akan bertolak ansur dengan sebarang perkara membabitkan isu keselamatan dan ketenteraman awam yang boleh mengganggu-gugat keamanan," katanya seperti dipetik Sinar Harian.

Laporan berita itu menambah bahawa polis sedang bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) untuk mengesan individu yang terlibat.


Tengku Maimun kini mengetuai panel lima hakim Mahkamah Persekutuan yang mendengar rayuan bekas perdana menteri Najib Razak.

Prosiding ini adalah peluang terakhir Najib untuk mengelak daripada dimasukkan ke penjara berikutan sabitan dalam kes SRC International.

Keputusan Mahkamah Persekutuan untuk menolak permohonan pihak pembelaan untuk mengemukakan bukti baru dan agar permohonan penangguhan pendengaran rayuan mendapat kritikan daripada penyokong Najib dan pemimpin Umno tertentu.

Awal hari ini, Malaysiakini melaporkan bahawa suami ketua hakim negara Zamani Ibrahim turut diserang di media sosial.

Satu catatan media sosial memberi amaran tentang "pertumpahan darah" dan menggesa Maimun untuk menarik diri daripada mendengar kes itu.

-MalaysiaKini