Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Roti Gardenia naik harga lagi


Gardenia umum akan naikkan harga semua produk mereka mulai 1 September ini, walaupun Menteri dah berjihad inflasi dan ekonomi.

Seperti contoh, roti Gardenia Original Classic hari ini RM2.55, besok lusa naik RM3.. 

Roti-roti jenama lain pastinya akan menyusul ikut trend kenaikan harga.

Kalau Dato Seri Najib Razak ada, dia pun sudah tentu akan buat hantaran Facebook mengenai perkara yang sama.


Kenaikan ini berpunca dari kenaikan harga bahan mentah import, yang disebabkan faktor ringgit yang semakin lemah dan akan terus jatuh. 

Susah kerajaan hari ini nak stabilkan harga Ringgit. 


Pelabur-pelabur besar tak nak datang, sebab kerajaan sekarang bukan kerajaan yg stabil.

Satu dunia tahu. Kerajaan hari ini dipilih melalui percaturan politik. Bukan melalui tangan rakyat. Dah 3 kali tukar PM dalam sepenggal.. pelabur mana tak seram..? 

Bila pelabur-pelabur besar tak masuk, maka tiadalah matawang asing yg dibawa masuk oleh pelabur untuk ditukar ke ringgit. Jadi, permintaan ringgit akan kurang. Ringgit semakin lemah.

Beberapa bulan lagi pasti naik lagi harga Gardenia dan juga benda-benda lain.

-Tun Carlos