Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Sokong petisyen pengampunan Najib -Zahid


KUALA LUMPUR: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi meminta ahlinya supaya menyokong petisyen pengampunan terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ini meskipun bekas Perdana Menteri itu baru sahaja menjalani hukuman penjara beberapa hari lalu.

“Kita mesti bersedia memberi sokongan kepada kempen petisyen pengampunan kepada Najib. 


“Kita serahkan kepada kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong untuk menilai dan melaksanakannya kelak,” katanya ketika menyampaikan Taklimat Khas Presiden UMNO.

Katanya, perkara itu juga akan menjadi salah satu isu yang akan dibawa ke mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO malam ini. 

– UTUSAN