Thomas Fann |
KUALA LUMPUR : Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) 2.0 yang pro-Pakatan Harapan kecewa dengan pandangan Datuk Seri Azalina Othman yang mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memilih ‘orangnya’ menjadi Peguam Negara (AG).
Pengerusinya, Thomas Fann, berkata kenyataan Penasihat Undang-Undang Perdana Menteri itu, tidak selari dengan pendiriannya tahun lalu yang mempertahankan pemisahan kuasa dan menolak campur tangan eksekutif dalam kehakiman.
"Kita harus meraikan kebebasan kehakiman. Ini adalah kedaulatan undang-undang dan kita tidak harus campur tangan dalam proses itu, iaitu dalam satu situasi ada pemisahan kuasa antara eksekutif, kehakiman dan perundangan.
"Apa yang dikatakan Azalina ialah campur tangan eksekutif dengan kehakiman, yang itu kita mesti tolak. Tidak patut dan apa kita kata selama ini, kita mesti pisahkan peranan AG sebagai penasihat kepada kerajaan daripada pendakwa raya.
"Pendakwa raya memang perlu bebas, dan tidak dipengaruhi oleh eksekutif.
"Saya hairan sebab setahun lalu, Azalina sendiri ada keluar kenyataan semasa Perdana Menteri ketika itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, bahawa beliau mencadangkan pemisahan kuasa dan jangan campur tangan urusan mahkamah ini. Jadi saya hairan dan kecewa dengan apa yang dikatakan oleh Azalina," katanya kepada Astro AWANI pada Ahad.
Pada Sabtu, Azalina yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno semasa berucap pada majlis Taklimat Khas Presiden Umno berkata, pelantikan AG adalah atas nasihat Perdana Menteri dan beliau harus melantik 'orangnya' untuk memudahkan segala urusan.
Justeru Ahli Parlimen Pengerang itu membangkitkan persoalan, mengapa Perdana Menteri tidak menukar AG jika kuasa penukaran AG di tangannya sebagai pemimpin nombor satu negara.
Dalam pada itu, Fann juga berpendapat kenyataan Azalina itu tepat, namun apa yang membimbangkan beliau adalah sebab AG berkenaan perlu ditukarkan.
"Ternyata memang tidak salah kerana Perdana Menteri memang ada kuasa dalam Perlembagaan untuk tukarkan AG. Perdana Menteri perlu menasihatkan Agong yang perlu mengikuti PM untuk tukar AG. Itu tepat.
"Namun apa yang kita bimbangkan ialah sebabnya nak tukar AG kerana AG ada beberapa peranan. Yang pertama ialah sebagai penasihat kerajaan dan kedua, pendakwa raya negara.
"Apa yang dikatakan oleh Azalina ialah peranan yang kedua ini untuk melepaskan orang yang didakwa di mahkamah kerana sebagai pendakwa raya, AG ada kuasa ini, bermula dari satu pendakwaan atau hentikan pendakwaan atau tarik balik pendakwaan. Jadi ini yang kita bimbangkan," ujarnya.
Untuk rekod, ketika Pakatan Harapan (PH) memerintah selama 22 bulan di bawah Tun Dr Mahathir, pelbagai kes mahkamah seperti jenayah dan rasuah yang melibatkan pemimpin tertinggi PH telah digugurkan hingga mengejutkan pelbagai pihak termasuk SPRM.
Pada masa itu, Bersih 2.0 tidak pula dilihat agresif menyuarakan bantahan mahupun mempersoalkan Perdana Menteri ketika itu samada ada campur tangan atau tidak.
Pundek lah Bersih..
-Awani/TunCarlos