Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

UMNO saman AWANI dan Malaysiakini RM25 juta


TUNTUTAN SAMAN RM25 JUTA KEPADA 
MALAYSIAKINI DAN RM25 JUTA KEPADA ASTRO AWANI

Ramai yang bertanyakan status saman terhadap Malaysiakini dan Astro Awani yang mengeluarkan berita fitnah terhadap UMNO.

Untuk pengetahuan, Peguam yang mewakili UMNO sudahpun menghantar surat tuntutan saman pemula sebanyak RM25 juta kepada pihak Malaysiakini dan RM25 juta lagi terhadap Astro Awani.

InsyaAllah, jika ada mana-mana lagi pihak termasuk individu yang memfitnah UMNO dengan apa juga bentuk laporan, komentar atau berita palsu, saya dan Pemuda UMNO tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan serupa.


Sudah tiba masanya untuk bertindak lebih agresif melalui saluran undang-undang dibuat kerana UMNO sudah lama bersikap ‘gentleman’, membiarkan sahaja fitnah berlegar sehingga mencetuskan persepsi negatif yang memudaratkan parti dan seluruh warga pendokongnya.

Dr Asyraf Wajdi Dusuki
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

30 Ogos 2022

#BangkitKembali
#PemudaTerasKebangkitan