Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Adakah perlaksanaan GEG satu 'political stunt' dari YB Khairy?


ADAKAH PERLAKSANAAN GEG SATU 'POLITICAL STUNT' DARI YB KHAIRY?

Sebelum ini saya pernah utarakan mengenai GEG ini... 

Bagi yang belum tahu, YB KJ akan gubal Satu Akta baru di Parlimen bagi menghalang generasi akan datang untuk menghisap rokok dan membina sebuah negara bebas asap rokok. Akta Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 yang bakal melaksanakan dasar Generational Endgame (GEG).

Melalui tindakan yang digelar sebagai *‘Generasi Penamat’* atau ‘generation end game’, individu yang dilahirkan selepas tahun *2007* adalah dilarang untuk melakukan sebarang pembelian rokok, menghisap rokok termasuk vape.

Secara dasarnya saya tidaklah membantah kerana niat asalnya adalah ke arah kebaikan namun tidak juga saya menyokong kerana terlalu banyak ketidakadilan, kepincangan dan persoalan yang timbul yang telah dibangkit dan dibincangkan oleh setiap lapisan masyarakat selepas ia dibentangkan pada sesi parlimen yang lepas. 


Secara kesimpulan dasar ini adalah dilihat sebagai sebuah sekatan terhadap autonomi, kebebasan dan privasi yang tidak wajar.

Kerajaan juga dipersoal kenapa memberikan fokus terhadap perkara yang tiada kepentingan kepada rakyat, adakah ia untuk mengalih perhatian kita daripada isu kos sara hidup, gaji yang tidak setimpal dan perkara lain yang lebih besar?  

Banyak kelemahan yang didapati dalam RUU terbabit yang membabitkan isu pelembagaan, penguatkuasaan, hukuman dan sebagainya. Tapi saya tidak mahu sentuh mengenai perkara itu. 

Cuma apa yang saya lihat, di kala kita menghampiri PRU15, RUU ini dibentang dalam keadaan terburu-buru seperti satu akta ‘tangkap muat’ yang dilakukan hanya berdasarkan penilaian minima. Banyak kepincangan yang dibangkitkan ramai pihak termasuk golongan cerdik pandai dalam bidang masing-masing termasuk bidang kesihatan.

Untuk rekod, tidak ada lagi negara dalam dunia yang melaksanakan dan meluluskan Akta sebegini. Sebelum Malaysia, hanya New Zealand sahaja yang bercadang melaksanakan GEG tetapi ia telah mendapat banyak tentangan.

Jika Akta ini diluluskan, maka ia adalah legasi YB Khairy. Sudah tentu ia akan memberi impak bukan saja terhadap dirinya, malah terhadap partinya sendiri. Jika kita lihat, beliau kini berdepan kemelut dalaman partinya yang mungkin mengakibatkan beliau hilang kerusi di Parlimen. Adakah dengan perlaksanaan satu Akta yang berimpak besar yang bakal melarang seluruh generasi dari merokok ini akan memberi nilai tambah dalam kerjayanya dalam bidang politik? Sudah tentu tidak.

YB Khairy berkata GEG patut dilaksanakan kerana mendakwa kerajaan telah rugi sebanyak RM6.6 billion setahun untuk merawat 3 jenis penyakit yang berpunca dari merokok. Berbanding kutipan cukai terhadap rokok dan tembakau sebanyak RM3 billion setahun.  

Adakah dengan perlaksanaan GEG dari dakwaan kerugian RM6.6 billion setahun ini, kerajaan akan dianggap hero dan adil? Tidak sama sekali.

Penyakit jantung adalah pembunuh nombor 1 di Malaysia dan seringkali disebabkan oleh pengambilan produk-produk yang mengandungi gula. Bukan saja sakit jantung, Malaysia juga antara yang paling ramai di dunia yang rakyatnya menghidapi masalah diabetis dimana kerajaan terpaksa berbelanja hampir RM2 billion setahun untuk pengurusan diabetis dan insulin sahaja. 

Adakah saudara Khairy akan melaksanakan RUU GEG *'larangan gula'* kepada generasi selepas tahun 2007 juga? 

Sudah tentu beliau tidak akan melakukannya jika masih waras. 

Bermain juga diminda saya apabila kos GEG ini juga turut dipersoalkan oleh sesetengah pihak. Sudah tentu untuk melaksana GEG ini akan melibatkan kos yang tinggi kerana penguatkuasaan akan dilakukan menerusi satu sistem pemantauan mirip aplikasi MySejahtera.

Persoalannya siapa yang akan dapat tender ini? Adakah tender telah dibuka kepada umum atau ‘direct negotiation’ sahaja? Perkara ini masuh belum YB KJ jawab. 

Saya ada lihat satu laman web MalaysiaBersuara. com. Seramai lebih 400k sudah menandatangani petisyen, tidak bersetuju dengan pelaksanaan GEG ini dan memohon kerajaan untuk mengkaji semula RUU tersebut.

Jika anda semua mempunyai pendapat yang sama bole nyatakan pandangan anda di..


TunCarlos
22 September 2022