PETALING JAYA – Polis sedang dalam proses melengkapkan kertas siasatan membabitkan bapa kepada seorang pelakon remaja perempuan yang didakwa melakukan serangan seksual, pengabaian kebajikan dan memiliki bahan lucah terhadap anaknya itu.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, kertas akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat.
Suspek yang telah direman selama tiga hari sejak Ahad lalu telah dibebaskan dengan jaminan polis setelah tempoh reman tamat pada hari ini,” katanya kepada MalaysiaGazette, hari ini.
Suspek ditahan reman selama tiga hari bermula 18 September lalu selama tiga hari untuk membantu siasatan.
Pada Sabtu, suspek ditahan sepasukan pegawai dari Bahagian Siasatan Jenayah Petaling Jaya di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara pada jam 4.10 petang.
Tangkapan ke atas suspek adalah bagi membantu siasatan terhadap laporan yang dibuat oleh bekas isteri suspek tersebut.
Pada 6 September lalu, pelakon remaja itu membuat laporan polis mendakwa dia menjadi mangsa gangguan seksual dan penderaan bapanya semasa berusia enam tahun.
Pelakon remaja berusia 15 tahun terbabit membuat laporan itu di IPD Subang Jaya mendakwa serangan seksual terbabit berlaku antara tahun 2013 hingga 2017 semasa ibu mangsa tiada di rumah.
– MalaysiaGazette