Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Bekas isteri Da'i Farhan diugut sebar video telanjang


Baru-baru ini, bekas isteri kepada pendakwah bebas Da’i Farhan, Dr Erin memuat naik beberapa hantaran di akaun Instagramnya dengan meluahkan rasa bengang terhadap seorang individu.

Menerusi salah satu hantarannya, Erin berkongsi tangkap layar kiriman mesej yang diterimanya daripada individu yang digelar ‘tebuan’ dimana individu tersebut ingin mendedahkan foto bogelnya kepada orang ramai.

Namun begitu, Erin atau nama sebenarnya Noorainul Naqim Mohd Radzi, 42, akui bahawa dia tidak gentar dengan ugutan daripada kekasih bekas suaminya itu malah dia tidak kisah dengan orang ramai yang ingin memburukkan dirinya.






Di hantaran lain, Erin memaklumkan bahawa selama ini dia berdiam diri kerana ingin menjaga maruah dan kerjaya bekas suami selepas berkahwin dengan pendakwah bebas, Da’i Farhan.


Bukan itu sahaja, Erin turut mendedahkan punca dia bercerai sebanyak tujuh kali dengan bekas-bekas suaminya di hantaran lain.

“Wahai netizen Malaysia, saya memang kahwin banyak kali tapi lelaki pertama arwah dah so I tak akan sentuh… lelaki kedua sebab dia ambil ice, pukul saya sampai cedera dan tidak mahu kerja, kami berpisah cara baik.

“Lelaki ketiga saya berpisah dengan dia sebab dia Gay, kami berpisah cara baik. Lepas itu lelaki kaki betina dan kaki pukul.

“Lepas itu Paan (Da’i Farhan)… selepas itu boyfriend tabuan ini dan lelaki sabah itu,” jelasnya.


Lagi, Erin turut mendedahkan bahawa ada dua individu yang berbeza cuba untuk menjatuhkannya dengan membuka aibnya dan ‘play victim’.



Terdahulu, kecoh di media sosial mengenai Erin bernikah dengan Da’i Farhan ketika berada di Mekah pada November 2019 sebagai isteri kedua.

Malangnya, hubungan tersebut hanya bertahan selama enam bulan dan mereka berpisah ketika Erin sedang hamil dan keguguran ketika usia kandungan baru mencecah dua bulan.

sumber: xtra.com.my