Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Empat syarikat bermodal RM2 dapat Bukit Cerakah

Gambar terkini Bukit Cerakah(gambar: Utusan)

SHAH ALAM: Empat syarikat swasta yang bermodalkan RM2 adalah antara yang diberikan hak pemilikan tanah di Hutan Simpan Kekal Bukit Cerakah (HSKBC) pada tahun 2008, lapor Utusan Malaysia pada Sabtu.

Nyahwarta terbaharu membabitkan kawasan seluas 406 hektar

Menurut laporan tersebut, kesemua syarikat itu adalah antara pemilik sembilan lot tanah di kawasan 406 hektar HSKBC yang dikatakan bakal untung atas angin ekoran Majlis Mesyua­rat Kerajaan Negeri (MMKN) meluluskan permohonan penyahwartaan pada Mei lalu. 


Hutan simpan tersebut tidak berhenti diancam pembersihan dan menerusi pewartaan terbaharu pada 5 Mei lalu, kawasan tersebut sudah 22 kali dinyahwarta sejak 1924.

Keluasan HSKBC kali terakhir dilaporkan sebelum pewartaan nyahwarta terbaharu adalah sekitar 2,601.319 hektar, namun kini semakin mengecil dipercayai berbaki hanya 2,139 hektar.

-Utusan Malaysia