Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Lokasi Jho Low, kenapa tak maklum kepada kita? -Hamzah


PUTRAJAYA - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin mempersoalkan dakwaan kelibat ahli perniagaan dalam buruan, Jho Low yang kini dilaporkan berada di Disneyland, Shanghai.

Menurutnya, sebarang maklumat berhubung Jho Low atau nama sebenarnya, Low Taek Jho sepatutnya dimaklumkan kepada Malaysia.


"Dia tahu, kenapa tidak maklum kepada kita lokasi apa semua?" katanya menerusi sidang akhbar Program Visa Premium (PVIP) Malaysia, di kementeriannya pada Khamis.

Beliau berkata demikian menjawab soalan pemberita berhubung keberadaan Jho Low di taman tema itu pada malam Krismas, 2019.

Jho Low adalah ahli perniagaan antara dalang utama dalam isu penyelewengan kewangan syarikat 1MDB. 

-SinarHarian