Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

MUDA nyatakan hasrat sertai PH, mahu tanding lebih 15 kerusi parlimen


Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) menyuarakan hasrat untuk menyertai komponen Pakatan Harapan, kata Presiden Muda Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Menurutnya, perbincangan tidak rasmi berhubung perkara itu telah dilakukan bersama pimpinan tertinggi PH.


“Bukan sekadar kekal collaboration (kerjasama) bermula perbincangan awal untuk penyertaan blok yang stabil dengan prinsip perjuangan yang sama,” katanya dalam satu sidang media di Hotel Olympic Malaysia di Kuala Lumpur hari ini, selepas mengadakan perbincangan dan pertemuan rasmi antara pimpinan Muda.

Bagaimanapun, ahli parlimen Muar itu berkata isu pembahagian kerusi masih belum dibincangkan.

Terdahulu, Timbalan Presidennya Amira Aisya Abdul Aziz berkata parti itu menjangkakan akan bertanding tidak kurang 15 kerusi Parlimen.


-MalaysiaKini