Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Najib kini dalam pemerhatian doktor HKL


Kuala Lumpur: Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang sedang menjalani hukuman penjara selama 12 tahun dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menjalani rawatan, hari ini.

Pegawai Khasnya Muhamad Mukhlis Maghribi berkata, bekas Perdana Menteri itu dimasukkan ke HKL pada tengah hari dan sedang menerima rawatan namun beliau tidak memberikan sebarang butiran terperinci mengenai rawatan berkenaan.


"Saya ingin berterima kasih kepada pihak penjara dan HKL di atas segala kerjasama dan bantuan yang diberikan.

"Setakat ini keadaan beliau stabil," katanya ketika dihubungi, hari ini.

 Beliau bagaimanapun tidak memberitahu penyakit yang dialami Najib dan masih dalam pemerhatian doktor. 

-Utusan