Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Najib tak ceria, muka kemerah-merahan seperti terbakar -Peguam


KUALA LUMPUR: Prosiding kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu dan Khamis dilapangkan, selepas Datuk Seri Najib Tun Razak masih lagi menerima rawatan dan menjalani beberapa ujian kesihatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Peguam utama bekas Perdana Menteri itu, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata demikian ketika prosiding kes rasuah dan pengubahan wang haram sebanyak RM2.3 bilion dana 1MDB.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak ceria seperti sebelum  dirujukkan ke Hospital Kuala Lumpur untuk menjalani rawatan bagi masalah tekanan darah tingginya.


Peguam belanya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah turut menyatakan Ahli Parlimen Pekan itu juga kelihatan tidak selesa.

“Beliau tidak kelihatan seperti biasa, tidak ceria seperti selalu. Beliau tak pucat tetapi (riak wajahnya) lebih kepada tidak selesa.

“Isnin lalu, keadaan lebih teruk. Mukanya merah seperti udang kena bakar,”katanya ketika ditemui media selepas tamat prosiding sebutan kes penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

-Sinar