Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

'PAS kini parti kafir' -Tun M


KUALA LUMPUR: Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mendakwa PAS kini adalah parti kafir berikutan tindakannya bekerjasama dengan UMNO dan parti bukan Islam demi memperoleh kedudukan.

Dr Mahathir berkata, hingga kini PAS tidak menarik balik dakwaan yang dibuatnya suatu ketika dulu, bahawa orang yang tidak bersama parti itu adalah kafir, maka dengan tindakan kerjasama terbabit, ia menggambarkan bahawa mereka bukan lagi parti Islam.

"Parti PAS ini kita dapati tindakan mereka pelik sikit kerana ia berbeza dengan pendirian mereka dulu. ...dahulu PAS kata UMNO parti kafir dan macam-macam tuduhan dibuat.

"Tapi tanpa menafikan bahawa UMNO itu kafir, mereka bekerjasama dengan kafir, ...dulu berjuang untuk Islam dan tidak boleh bekerjasama dengan kafir sebab akan jadi kafir.


"Tapi mereka bekerjasama dengan kafir, jadi mengikut tafsiran PAS, PAS sekarang ini parti kafir selagi mereka tak hapuskan dakwaan yang dibuat bahawa orang yang tidak bersama PAS itu adalah kafir," katanya pada sidang media, hari ini.

Terdahulu, Dr Mahathir merasmikan Konvensyen Pejuanita Malaysia, 'Aspirasi Wanita Merdeka: Penentu Hala Tuju Negara' di sini.

Dr Mahathir berkata, PAS kini dilihat seolah-olah sebuah parti yang oportunis dengan mengenepikan prinsip apabila peluang mendapatkan jawatan dan kedudukan 'terbentang' di hadapan mereka.

"Jadi kita tidak tahu apa sebabnya PAS ditubuh sama ada untuk Islam atau hendak jadi wakil rakyat dan menteri besar, ...jadi wakil rakyat dan menteri besar dapat gelaran YB, YAB dan dapat duit.

"Nampak tumpuan bukan pada Islam tetapi nak pegang jawatan untuk dapat duit," katanya.

Ketika ditanya adakah GTA akan menjalinkan kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) pada PRU15, Dr Mahathir berkata, gabungan itu tidak akan bekerjasama dengan parti yang terbabit dengan rasuah atau 'bersubahat' menubuhkan kerajaan melalui pintu belakang.

Semalam dalam catatan Minda Presiden, Abdul Hadi sekali lagi menegaskan parti itu tidak akan bekerjasama dengan PH berikutan pengalaman persefahamannya sebelum ini dengan beberapa parti yang ada bersamanya.

Menurut Hadi, PAS menolak mudarat politik yang lebih besar dalam PH dan lebih parah kesannya kepada negara yang boleh merobohkan asasnya, sehinggakan boleh mematahkan cabang-cabangnya yang penting.

Malah katanya, ia khusus membabitkan hubungan masyarakat majmuk menjadi rapuh dan menyentuh perkara negatif berkenaan dasar dan konsep negara yang lebih banyak dibandingkan dengan Barisan Nasional (BN).

-BHonline
-BHonline