Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Pasangan kekasih ditemui mati dalam kereta Kancil



ALOR GAJAH - Seorang pemuda dan seorang pelajar perempuan dipercayai pasangan kekasih ditemui mati dalam sebuah kereta jenis Perodua Kancil di kawasan Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (Japerun) Ayer Limau, Lubok Cina di sini pada Rabu.

Mangsa lelaki berusia 20 tahun dan pasangannya berusia 16 tahun ditemui dalam keadaan lengkap berpakaian.


Timbalan Ketua Polis Melaka, Datuk Razali Abu Samah berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam yang memaklumkan pada pihak polis pada jam 9.25 pagi berhubung kedua-dua mangsa ditemui tidak sedarkan diri dalam kenderaan yang ditutupi kain kanvas berwarna kelabu.

"Mayat kedua-dua mangsa, yang merupakan penduduk tempatan dibawa ke Hospital Melaka untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya dalam satu kenyataan di Melaka.

-SinarHarian