Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Peniaga online terkejut rupanya Tun Siti Hasmah beli skirt, siap bagi 'free review'


Dunia perniagaan ini ada suka dukanya. Itulah yang sentiasa dilalui oleh para peniaga. Kini peniagaan bukan dilakukan secara bersemuka tetapi juga dilakukan ‘online’.

Bagi peniaga yang melakukan perniagaan secara online pastinya akan rasa dihargai apabila mendapat respon atau review yang positif.

Namun siapa sangka, dalam perniagaan secara ‘online’ ini kita tidak dapat mengetahui dengan jelas identiti pelanggan.

Begitulah yang dilalui oleh seoranga peniaga yang meluahkan rasa terkejut apabila rupanya pelanggannya adalah isteri kepada mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali.

Ini dipaparkan menerusi perkongsian di TikTok miliknya, shophany.my yang juga dikenali sebagai Hany berkongsi gambar Dr Siti Hasmah sedang mengayakan skirt yang dibeli serta baju ‘free gift .

Menurutnya lagi, bagaikan mimpi bahawa pelanggannya adalah Dr Siti Hasmah yang membeli 10 helai skirt di kedainya secara atas talian.

Malah dia memuji sikap merendah diri Dr Siti Hasmah terserlah apabila membuat review mengenai pakaian yang dibelinya itu.





Dalam pada itu meninjau di ruangan komen ramai melahirkan rasa kagum dengan sikap Dr Siti Hasmah.

“Wowww. Alhamdulillah rezeki, bertuahnya sis..Moment dapat buyer dari orang yang disegani.”

“MasyaAllah Alhamdulillah mesti akan jadi antara kenangan terindah untuk awak.”

“Baiknya. Bagus sangat support anak muda bisnes.”

“Alhamdullilah. Rezeki yang tak disangka.”

-Keluarga