Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

PRU15: Anthony Loke akan lawan KJ di Parlimen Seremban


Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke bersedia untuk menghadapi Khairy Jamaluddin yang dilobi untuk bertanding di kerusi parlimen Seremban pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Mengakui Khairy sebagai lawan yang kuat, Loke berkata Seremban akan menjadi antara kerusi yang paling panas dalam PRU15, jika perkara itu menjadi kenyataan.

"Namun begitu, sebagai pemimpin DAP saya tidak gentar untuk menghadapi sebarang kemungkinan dan cabaran dalam perjuangan politik. 

“Saya tetap bersedia untuk mempertahankan kerusi parlimen Seremban dalam PRU15 walaupun berhadapan dengan KJ atau sesiapa pun dicalonkan oleh pihak lawan," katanya. 


Khairy sebelum ini menyatakan tidak akan bertanding di parlimen Rembau yang disandangnya selama tiga penggal untuk memberi peluang kepada Timbalan Pengerusi BN Mohamad Hasan.

Semalam, Ketua Pemuda Umno Seremban, Zool Amali Hussin, berkata dia  mengalu-alukan Khairy bertanding di Seremban dalam pilihan raya umum akan datang.

Dia justeru berharap pucuk pimpinan parti merealisasikan “impian Umno” itu.

"Saya amat berharap serta mengalu-alukan Khairy bertanding di parlimen Seremban memandangkan bilangan pengundi muda dan Melayu di sini yang semakin bertambah,” Zool Amali dipetik sebagai berkata.

Pada pilihan raya umum lalu, Seremban dimenangi oleh Loke dengan majoriti besar 30,694 undi.

-MalaysiaKini