Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Ringgit jatuh ke paras terendah berbanding US dalam tempoh 24 tahun


Ringgit dibuka lemah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) kepada paras terendah yang pernah dicatatkan semasa krisis kewangan Asia 1998 pada Rabu, apabila lebih ramai pelabur beralih kepada mata wang selamat itu ekoran prospek ekonomi global yang tidak menentu.

Pada 9.01 pagi, unit tempatan merosot kepada 4.5010/5035 berbanding dolar AS daripada 4.4970/4500 ketika ditutup pada Selasa.

Peniaga ActivTrades, Dyogenes Rodrigues Diniz berkata pasaran mengalami turun naik yang lebih ketara berbanding biasa baru-baru ini disebabkan ketegangan yang semakin memuncak antara Rusia dan Barat, dengan keputusan Rusia untuk memotong bekalan gas ke Eropah bagi tempoh yang tidak pasti.


“Sementara itu, data Indeks Pengurus Pembelian (PMI) Bukan Pembuatan ISM AS bagi Ogos mencatatkan bacaan yang jauh lebih tinggi daripada jangkaan, dan in meningkatkan tekanan belian terhadap dolar AS yang telah sedia berada dalam aliran menaik sejak beberapa bulan lepas.

"Berlandaskan data yang menunjukkan inflasi tinggi dan pengangguran rendah di AS, ramai yang menjangkakan Rizab Persekutuan AS mengekalkan trajektori meningkat semasa apabila melibatkan kadar faedah, dengan kenaikan seterusnya dijangka diputuskan pada mesyuarat akan datang,” katanya dalam nota penyelidikan pada Rabu.

- Bernama