Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Salah tuduh, Teresa Kok mohon maaf pada Jamal Yunos


Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok memohon maaf kepada Ketua Umno Sungai Besar Jamal Mohd Yunos.
 
Semalam Kok menuduh Jamal menyertai Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dalam lawatan ke New York pada hujung minggu.

Kok menggunakan tangkapan skrin video yang dimuat naik oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri Ismail Mohamed Said ketika membuat tuduhan itu.

Bagaimanapun, tangkapan skrin itu kelihatan menunjukkan penyokong Ismail dan pegawai kerajaan lain berkumpul untuk menghantarnya di Kompleks Bunga Raya di KLIA.


Jamal telah menafikan mengikut Ismail ke New York, dan berkata dia telah mengarahkan peguamnya untuk mengambil tindakan yang perlu.

Kok malam ini menarik balik hantaran media sosialnya yang mengandungi tuduhan itu dan berkata dia melakukan kesilapan serta memohon maaf kepada pemimpin Umno itu.

-MalaysiaKini