KLANG - Seorang selebriti lelaki ditahan polis di sekitar daerah ini pada Khamis untuk siasatan kes amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak dan remaja lelaki.
Menurut sumber, suspek berusia lingkungan 40-an itu kini direman enam hari sehingga Rabu untuk siasatan lanjut.
"Selebriti berusia lingkungan 40-an itu ditahan untuk siasatan kes amang seksual terhadap beberapa kanak-kanak dan remaja bawah umur.
"Mangsa-mangsa ini terdiri dalam kalangan belasan tahun," katanya pada Jumaat.
Tambah sumber, siasatan masih dijalankan untuk mengenal pasti daerah yang terlibat dalam kes ini.
Katanya, siasatan dijalankan di bawah Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
-sinar harian