Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Tahan sakit 30 minit, kon plastik tersangkut di kepala


JOHOR BAHRU – Seorang kanak-kanak berusia 10 tahun terpaksa menahan kesakitan lebih 30 minit apabila kepalanya tersangkut dalam kon plastik.

Kejadian itu berlaku di Sekolah Kebangsaan (SK) Api-Api, Pontian di sini, tengah hari tadi.

Bagaimanapun, kon tersebut berjaya dikeluarkan oleh bomba.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pontian, Mohd Ezal Azman dalam kenyataannya berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu jam 1.28 tengah hari tadi.


“Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di lokasi mendapati  seorang kanak-kanak tersangkut kon di kepala.

“PKO bertindak memotong kon tersebut menggunakan peralatan khas dan mengeluarkan kepala mangsa dengan selamat.

Difahamkan mangsa bersekolah pada sesi pagi, dan sewaktu kejadian mangsa hendak pulang sekolah dan sedang bermain dengan rakan-rakan.

 – MalaysiaGazette