Pada 13 September 2022, saya terbaca sebuah ciapan Twitter pada link: https://twitter.com/AzriAizat22/status/1569478407712550912?t=HbJG4r6E6MLJWL15brRJXA&s=19
Akaun itu dimiliki seorang pegawai perubatan kontrak bernama MOHAMMAD AZRI AIZAT BIN RUHAIZAN.
No pendaftaran: 97091
Menurut rekod pendaftaran MMC, pegawai ini adalah pegawai perubatan kontrak bertugas di HKL.
Beliau telah berkongsi status anak Datuk Sri Najib Razak yang sedang memaklumkan kepada rakyat tentang perkembangan ayahandanya yang sedang dirawat di HKL.
Pegawai ini telah dengan biadap menggunakan kata-kata kesat dan menghina yang cukup melampau berbunyi seperti berikut:
“Apa ke bangang nak menipu. Aku sendiri check darah bapa kau semua normal anjing.”
Twitt dari pegawai ini telah menjadi tular dengan mencapai lebih 4 ribu likes dan 3 ribu retweets sebelum dipadam sehari selepas itu.
Ia membayangkan pesakit dan keluarga menipu dan telah menyebabkan hentaman teruk terhadap DS Najib dan ahli keluarga beliau.
Perbuatan pegawai ini adalah amat biadap dan tidak profesional langsung serta membayangkan kebencian dan dendam kesumat ke atas DS Najib yang merupakan seorang bekas Perdana Menteri Malaysia.
Kami menuntut agar tindakan tatatertib diambil ke atas pegawai perubatan kontrak ini kerana telah melakukan kesalahan -kesalahan berikut.
1. Mencemarkan imej penjawat awam.
2. Mengeluarkan kenyataan berkenaan pesakit dan ahli keluarga mereka di media sosial.
3. Menghina ahli keluarga pesakit dengan bahasa kesat.
4. Mendedahkan maklumat kerahsiaan pesakit.
5. Biadap seperti binatang terhadap keluarga seorang bekas pemimpin negara yang berada dalam tahanan.
Ianya menyalahi Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.
Kami menuntut agar Jabatan Perkhidmatan Awam dan KKM mengambil tindakan tatertib tegas ke atas pegawai ini termasuk ditamatkan kontrak dan dibuang kerja.
Pegawai ini juga wajar menuntut maaf secara terbuka kepada ahli keluarga DS Najib kerana telah mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah.
Sekian, terima kasih.
sumber: link asal