Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Wanita ditemui mati, diserang anjing


SEMPORNA: Mayat seorang wanita ditemukan dengan kesan gigitan anjing liar di simpang Kampung Batu, baru-baru ini.

Mayat wanita berusia 29 tahun itu ditemukan oleh orang awam kira-kira pukul 8 pagi, Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah, Superitendan Mohd. Farhan Lee Abdullah berkata, pemeriksaan awal mendapati, mangsa wanita warga tempatan itu ditemukan dalam keadaan baring meniarap.

Malah, terdapat banyak kesan gigitan haiwan disyaki gigitan anjing liar di beberapa bahagian badan termasuk paha kanan, lengan kanan dan bahagian kepala.

“Hasil bedah siasat yang dilakukan oleh pakar perubatan forensik Hospital Queen Elizabeth mendapati punca kematian adalah disebabkan pendarahan yang banyak akibat kecederaan gigitan haiwan dan tiada unsur jenayah. Bedah siasat selesai dilakukan semalam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Beliau berkata, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) dan mayat mangsa telah dituntut oleh keluarganya.

Susulan insiden itu, beliau menasihatkan orang ramai agar melaporkan kehadiran anjing-anjir liar di kawasan perumahan masing-masing kepada Majlis Daerah bagi tindakan lanjut.

Tambah beliau, sekiranya sesiapa ada sebarang maklumat mengenai wanita diserang anjing liar, boleh salurkan maklumat kepada Ketua Balai Polis Semporna, Inspektor Mustapha Abdul Majid di talian 089-782020.

 -UTUSAN