Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Ada lagi mangsa tampil, dakwa PU Azman ajak tidur berdua


Nama penceramah selebriti, Pencetus Ummah (PU) Azman menjadi bualan ramai apabila didakwa di Mahkamah Sesyen di Seremban, semalam atas pertuduhan melakukan amang seksual terhadap remaja lelaki pada Februari dan Julai lalu.

Sebelum ini, tular apabila penyanyi rap Caprice mendedahkan perbualan remaja lelaki dengan seorang individu didakwa pendakwah tersebut.

Terbaru, Caprice dilihat ada memuat naik video memaparkan cerita daripada mangsa yang lain berkongsikan pengalaman mereka dengan pendakwah tersebut.

Menerusi mesej tersebut, mangsa mendakwa pendakwah itu pernah mengajaknya lepak berdua dan tidur bersama serta meminta melakukan perkara tidak sepatutnya,

Dalam pendedahan tersebut, Caprice memohon maaf kerana jika dia tidak berbuat demikian dengan mendedahkan mesej diterima daripada mangsa, tiada siapa akan lakukan. 


Katanya lagi, dia tahu ramai mangsa diluar sana namun tiada siapa berani untuk membela serta akan melakukan yang terbaik.

Semalam, PU Azman didakwa di Mahkamah Sesyen Seremban hari ini atas lima pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua remaja, bagaimanapun PU Azman mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan.

-RotiKaya