Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Anak perempuan Anwar Ibrahim dipilih bertanding di Permatang Pauh



AMPANG: Desas-desus anak perempuan sulong Anwar Ibrahim, Nurul Izzah Anwar akan meninggalkan Parlimen Permatang Pauh untuk bertanding di Ampang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) tidak menjadi kenyataan apabila beliau dicalonkan semula untuk mempertahankan kerusi disandangnya.

Nama Nurul Izzah dan kerusi bakal ditandinginya diumumkan pada majlis pengumuman calon PKR yang berlangsung di Padang Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), di sini malam ini. 

Turut diumumkan, bekas Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa yang menerajui gerakan 'Save Kelantan' dan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor di Kelantan akan bertanding di kerusi Parlimen Pasir Mas.


Ketua Wanita PKR, Fadlina Sidek pula dinamakan sebagai calon kerusi Parlimen Nibong Tebal, yang sebelum ini disandang bekas pemimpin PKR, Datuk Mansor Othman yang kemudian menyertai BERSATU.

Sebelum ini isteri Anwar, Wan Azizah dicalonkan bertanding di Bandar Tun Hussein Onn. 




-BHonline