Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Anwar putus sedia bekerjasama, matlamat Tun M hampir tercapai lagi


KLANG - Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersedia untuk bertemu dengan Pengerusi Penaja Gerakan Tanah Air (GTA), Tun Dr Mahathir Mohamad bagi membincangkan kerjasama sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Namun menurut beliau, gabungan tersebut mesti menjelaskan dahulu apakah prinsip yang akan dibawa demi masa hadapan negara.

"Seperti yang saya tekankan jika ia bermatlamat untuk lawan BN dan Perikatan Nasional (PN), atas dasar apakah ia mahu dilakukan?

"Adakah ia mahu dilakukan atas prinsip mahu membanteras rasuah atau tata kelola kerajaan lebih baik," soalnya ketika ditemui media pada Jumaat semasa sesi lawatan di Little India, dekat sini.

Terdahulu, Dr Mahathir sedia bertemu Anwar untuk bekerjasama dalam menyekat kerajaan pimpinan UMNO, BN daripada terus berkuasa menerusi PRU15, 19 November ini.

Tidak pasti apakah matlamat Mahathir untuk bekerjasama lagi sekali dengan Anwar pada PRU15 ini, tetapi yang pasti Pejuang amat memerlukan undi dari penyokong PH memandangkan kesemua calon mereka hilang deposit ketika bertanding dalam Pilihanraya Negeri Johor baru-baru ini.  


Sementara itu, ketika ditanya tentang risiko kerusi Parlimen Tambun yang bakal ditandinginya pada PRU15, Anwar yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata, beliau bersedia untuk itu.

"Saya tidak lihat kepada berapa peratusankah saya untuk menang, saya akan kerja kuat Insya-ALLAH," katanya.

Tegasnya lagi, Pakatan Harapan turut menyasarkan untuk menawan Perak pada RU15 nanti.

-Sinar