Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

'Bajet 2023 yang paling baik sejak 2018' -Asyraf Wajdi



BAJET 2023…….Pandangan Sekilas.

Saya telah membaca teks Bajet 2023 yang dibentangkan Menteri Kewangan petang tadi. Walaupun saya beranggapan masih ada ruang penambahaikan, tetapi secara keseluruhan bajet kali ini adalah yang paling baik sejak 2018.

Bagi B40, terdapat pelbagai bantuan tunai sehingga pendapatan isi rumah RM5000 sebulan. Jumlah bantuan ini mencecah RM10 bilion. Untuk M40, cukai pendapatan dikurangkan sebanyak 2%. Semua ini boleh menyuntik lebihan tunai yang akan dikembalikan ke dalam pasaran negara tahun hadapan.

Kredit Skim Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP) diperkasakan semula dengan nilai RM9bilion setahun hadapan. Ia memudahkan perniagaan bermasalah mendapat pinjaman bank sekaligus memastikan mereka terus berdaya saing. Ini asalnya adalah idea DS Najib Razak ketika berhadapan dengan krisis global 2009 dan akhirnya terbukti berjaya.

Tuntutan Keselamatan makanan (Food Security) juga saya lihat telah dipenuhi dengan baik. Kerajaan menambah bantuan tunai kepada nelayan, bantuan musim tengkujuh kepada pekebun kecil dan bantuan sara diri kepada pesawah padi

Ini juga asalnya adalah insentif kerajaan BN dahulu yang dipotong bermula pada zaman PH. Alhamdulillah, ia dikembalikan semula kali ini.

Bantuan ini bagi saya sangat penting kerana telah terbukti berjaya meningkatkan hasil pertanian dan pengeluaran makanan negara. Bantuan tunai kepada nelayan contohnya telah dimulakan pada zaman Pak Lah pada tahun 2006. 5 tahun selepas itu, tangkapan ikan negara telah melebihi keperluan dalam negara buat kali pertama dalam sejarah.


Bajet kali ini juga agak baik kerana telah mengurangkan penggantungan kepada dividen Petronas. Hasil dividen Petronas kepada kerajaan tahun hadapan adalah hanya RM35b berbanding RM50b pada tahun ini.

Perkara ini adalah amat positif setelah rizab Petronas dijarah pada zaman PH dan PN. Sedangkan pada zaman BN dahulu, pelbagai langkah telah diambil bagi mengurangkan penggantungan kerajaan kepada hasil minyak.

Dividen Petronas kepada kerajaan hanyalah RM16 bilion bagi 2016 dan 2017. Ia kemudiannya melonjak kepada RM54b pada zaman PH (2019) sehingga menyebabkan rizab Petronas susut dan penarafan syarikat tersebut menurun.

InshaAllah dengan Bajet sebegini, kerajaan akan datang mampu berhadapan dengan krisis ekonomi global tahun hadapan dan memastikan kesejahteraan rakyat berpanjangan.

#BangkitKembali
#KembalikanMandatRakyat
#PemudaJurubicaraRakyat

Asyraf Wajdi
Ketua Pemuda UMNO Malaysia