Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Balingan pisau potong sayur ke leher adik, akibatkan kematian


JOHOR BAHRU – Polis mengesahkan kematian remaja lelaki berusia 16 tahun di Kampung Ulu Pulu Pulai, Ulu Choh pada Rabu, berpunca akibat kecederaan di leher.

Menurut Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Assisten Komisioner Rahmat Ariffin, balingan pisau yang biasa digunakan untuk memotong sayur itu telah mengenai bahagian ateri atau pembuluh darah di leher sebelah kanan dan mengakibatkan pendarahan yang agak banyak.

“Kita tak kata balingan itu tepat, tetapi balingan pisau itu telah mengenai bahagian arteri mangsa hingga menyebabkan pendarahan yang banyak.

“Pendarahan itu disyaki menyebabkan mangsa kehilangan banyak darah menjadi punca kematian,” katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Pada Rabu, seorang remaja perempuan bertindak membaling pisau ke arah adik lelakinya akibat bergaduh berebut tempat duduk dalam kereta ketika pulang dari sekolah.

Remaja perempuan berkenaan juga dikatakan telah diejek ketika memasuki rumah hingga menyebabkannya bertindak membaling pisau berkenaan ke arah mangsa.

Sebelum itu, remaja perempuan berkenaan telah ditahan reman selama enam hari mulai Khamis, bagi membantu siasatan.


Hari ini, remaja itu kelihatan sugul manakala tiada ahli keluarga hadir ke mahkamah.

Difahamkan ahli keluarganya sibuk berurusan di rumah maayat di Hospital Sultanah Aminah (HSA) sehingga selesai proses beedah siasat maangsa.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302, Kanun Keseksaan.

Sementara itu Rahmat berkata, sehingga kini masih belum ada sebarang perkembangan lanjut berhubung kes berkenaan.