Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

'BN akan kalah teruk, gelombang akan datang sehari dua lagi' -Muhyiddin


PUTRAJAYA: Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, PN terlebih dahulu mesti memenangi jumlah kerusi Parlimen terbesar berbanding Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).

“Kita akan bertanding mungkin lebih daripada 130 kerusi, saya tak ingat. Tapi jumlah kerusi yang perlu dimenangi mestilah lebih 112 kerusi. 

“Kami yakin ada gelombang dalam sehari dua nanti di mana gelombang itu akan menyebabkan BN akan kalah teruk. PN akan pastikan Malaysia dibersihkan daripada sampah politik yang dibawa BN. Kita tidak boleh terima lagi amalan rasuah,” Katanya ketika berucap dalam Program Jelajah Prihatin Parlimen Putrajaya, di sini malam tadi.

Dalam pada itu, Muhyiddin berkata, jika PN diberi mandat membentuk kerajaan, perkara pertama yang akan dibincangkan pada mesyuarat pertama Jemaah Menteri adalah cara mengatasi masalah yang membelenggu rakyat.


“Kami akan atasi masalah kemiskinan, mewujudkan peluang perniagaan kepada golongan muda, memperkasa pendidikan dan kesihatan.

“Kami juga akan memastikan segala yang diumumkan pada Bajet 2023 akan ditunaikan termasuk bantuan khas penjawat awam sebanyak RM2,500.

“Jika kita dapati antara lainnya tidak sempurna dalam belanjawan ini dan ada dana lagi yang boleh digunakan maka, kita akan perbaiki bajet yang dibentangkan itu,” katanya. 

– UTUSAN