Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Bubar Parlimen? Pukul 3 saya umum -Ismail Sabri


PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba di bangunan Perdana Putra jam 1.35 petang.

Beliau diiringi pegawai dan pengiring keselamatan memperlahankan kenderaan ketika melalui hadapan petugas media.

Ditanya adakah perutusan khas itu berkenaan dengan pembubaran Parlimen, Ismail Sabri berkata:

"Pukul 3 saya umum," katanya pada Isnin.


Terdahulu Pejabat Perdana Menteri mengeluarkan satu poster perutusan khas jam 3 petang ini.

Meskipun ia tidak menyatakan tujuan perutusan tersebut, ia dipercayai berkaitan dengan pembubaran Parlimen yang hangat diperkatakan.