Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Caprice ancam saman Mydin, beri tempoh 24 jam


Pempengaruh media sosial, Caprice hari ini telah mengancam untuk menyaman syarikat rangkaian pasaraya terbesar di Malaysia iaitu Mydin berikutan ciapan syarikat tersebut di twitter.

Menurut kenyataan dari peguam beliau, Caprice didakwa berasa terhina dengan jenama dan pasaraya yang sering dikunjunginya itu.

Dengan penghinaan secara terbuka itu, Caprice didakwa tidak lagi berasa selamat dan selamanya akan mengalami trauma terhadap pembeli, staff dan pelanggan Mydin Malaysia.


Pada 19 Oktober lalu, Mydin telah memuat naik ciapan yang berbunyi:

"Mula-mula ingat nak beli tea je, sekali terbeli cap dengan rice"

"Bila sampai rumah, rasa macam tak perlu pun cap dengan rice tu. Nasib Mydin pulangkan balik dalam masa 24jam"

Caprice mendesak agak Mydin memuat naik video permohonan maaf.

Tangkap layar ciapan Mydin

Tangkap layar kenyataan guaman Caprice di Instagram

-TunCarlos.com