Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Insentif RM100 jika melancong dalam negara


KUALA LUMPUR - Bagi menggalakkan Keluarga Malaysia melancong di destinasi pilihan dalam negara, kerajaan memberikan insentif dalam bentuk diskaun, baucar dan rebat bagi penginapan pakej pelancongan, kraftangan dan karya seni sehingga RM100.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, pemberian insentif itu membabitkan peruntukan sebanyak RM25 juta.

Beliau berkata demikian dalam pembentangan Bajet 2023 di Parlimen pada Jumaat.


Belanjawan bertemakan Keluarga Malaysia, Makmur Bersama dengan peruntukan keseluruhan berjumlah RM372.3 bilion itu merangkumi empat teras fokus iaitu kesejahteraan rakyat, kelangsungan perniagaan, kemakmuran ekonomi dan kecekapan perkhidmatan kerajaan.

-SinarHarian