Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Gadis Tingkatan Dua dirogol bergilir-gilir lapan lelaki


BACHOK: Lapan remaja lelaki yang ditahan semalam kerana dipercayai merogol seorang remaja perempuan bawah umur direman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Mohd Fauzan Mohd Suhairi di Mahkamah Majistret Bachok pagi tadi.


Lapan remaja berusia dari 14 hingga 18 tahun itu sebelum ini ditahan selepas disyaki merogol pelajar perempuan Tingkatan Dua sebuah sekolah menengah di sini.

Kesemua remaja berkenaan dipercayai melakukan perbuatan itu di Kampung Tawang, Bachok kelmarin.

Kes disiasat mengikut seksyen 375B Kanun Keseksaan.

Penahanan remaja berkenaan selepas polis menerima laporan berkait kes rogol melibatkan mangsa yang berusia 14 tahun 11 bulan itu.