Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Lelaki meninggal dunia lepas selesai bergaduh (7 gambar)


PARIT BUNTAR: Seorang lelaki meninggal dunia selepas terlibat dalam pergaduhan dengan seorang leĺaki yang dikenalinya di Kampung Parit Tok Ngah, Tanjung Piandang, dekat sini, hari ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kerian, Deputi Superintenden Hudri Mohd Arshad berkata, kejadian berlaku pada kira-kira pukul 5 petang.

Katanya, polis yang menerima maklumat kejadian itu segera ke tempat kejadian.

“Mangsa dikatakan rebah dan tidak sedarkan diri berhampiran motosikal miliknya setelah pergaduhannya dengan seorang lelaki yang berusia 40-an dileraikan.

“Polis menahan suspek yang juga penduduk tempatan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurutnya, berdasarkan siasatan awal, sewaktu kejadian terdapat empat saksi di lokasi kejadian yang meleraikan pergaduhan antara mangsa dan suspek.


Katanya, setelah dileraikan, mangsa berjalan ke arah motosikalnya  namun rebah dan tidak sedarkan diri.

“Setakat ini polis tidak menemukan sebarang senjata tumpul atau tajam di kawasan kejadian dan punca kematian masih dalam siasatan,” katanya..

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. 









– UTUSAN