Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Lembaga Tatatertib gugurkan pertuduhan ke atas Cikgu Mohd Fadli


Lembaga Tindakan Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan memutuskan untuk menggugurkan segala pertuduhan yang dikenakan terhadap guru Matematik, Cikgu Mohd Fadli Mohamed Salleh sekali gus mendapati beliau tidak bersalah.

Menerusi surat keputusan yang tular di laman sosial petang ini, Cikgu Mohd Fadli juga dibebaskan daripada tiga pertuduhan yang dikenakan ke atasnya.

Berdasarkan surat berkenaan, guru Sekolah Kebangsaan (1) Gombak itu tidak akan dikenakan sebarang tindakan tatatertib oleh Kementerian Pendidikan (KPM).

Namun, Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan tetap memberikan kesalahan berkaitan prosedur penjawat awam.

Kenyataan rasmi daripada Cikgu Mohd Fadli sendiri masih belum dibuat dan dijangka akan dilakukan oleh beliau menerusi siaran langsung di laman Facebook dan TikToknya pada pukul 8.30 malam ini.

-Sinar