Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Pakatan Harapan buat pusingan U, bubarkan DUN serentak PRU15?


SHAH ALAM - Manurut laporan dari Sinar Harian, Pakatan Harapan (PH) berkemungkinan besar membuat pusingan U dalam mempertimbangkan keputusan menangguhkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) di tiga negeri ditadbir koalisi berkenaan pada tahun ini.

Sumber terdekat DAP Pusat berkata, terdapat ura-ura Majlis Presiden PH yang bermesyuarat pada malam ini akan memilih untuk mengenepikan pendirian mereka sebelum ini.

Sebelum ini, Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan keyakinannya terhadap persediaan gabungan itu bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) susulan pembubaran Parlimen pada Isnin.


“PH bersedia untuk menghadapi PRU15. Kami telah bersedia untuk berhadapan dengan gerombolan yang telah mencurangi mandat pilihan raya umum yang lalu.

“Kami juga bersedia untuk memungkinkan sebuah masa depan yang mampan, makmur serta sebuah pemerintah yang benar-benar prihatin dan punyai sikap belas kepada nasib dan kebajikan rakyat."kata Anwar dalam satu kenyataan pada Isnin. 

Sehubungan itu, Anwar menyeru orang ramai untuk turun mengundi pada PRU15 bagi menentukan masa depan terbaik buat negara.

-Sinar