Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

PM dan Zahid jumpa 191 bahagian UMNO, 700 perwakilan hari ini


Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mengadakan perjumpaan khas bersama 191 bahagian Umno hari ini.

Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan berkata pertemuan tersebut akan berlangsung di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC) di Kuala Lumpur

Dia diminta mengulas jika pertemuan terbabit dibuat mengenai desas-desus pilihan raya umum ke 15 (PRU).

“Benda baik-baik sahaja,” jawab Ahmad Maslan ringkas.


Jelasnya, pertemuan hari ini membabitkan lebih 700 perwakilan yang hadir merangkumi Ketua Bahagian, Ketua Pemuda, Ketua Wanita dan Ketua Puteri dari setiap bahagian Umno.

"Perdana Menteri akan memberi ucapan kemudian ucapan oleh Presiden, itu sahaja sebenarnya," katanya ketika ditemui pemberita di WTC Kuala Lumpur.





Ahmad Maslan turut memaklumkan sidang media akan diadakan selepas pertemuan itu selesai.

Terdahulu, Ahmad Zahid tiba di WTC sekitar jam 2.37 petang diiringi Timbalan Presiden parti, Mohamad Hasan dan Bendahari Agung BN, Hishammuddin Hussein.

Sementara itu, Perdana Menteri, Ismail Sabri merangkap naib presiden Umno pula tiba pukul 2.40 petang tadi.

Pada 30 Sept lalu, setiausaha agung Umno memberitahu perdana menteri akan mempersembahkan cadangan tarikh pembubaran parlimen tahun ini kepada Yang di-Pertuan Agong selaras dengan Perkara 40 (1) Perlembagaan Persekutuan.

-Malaysiakini