Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Ismail Sabri tiba di Istana Negara dengan senyuman bermakna


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba di Istana Negara petang ini bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah untuk mesyuarat pra-Kabinet.

Kenderaan rasmi jenis Toyota Vellfire membawa Perdana Menteri itu memasuki pintu utama Istana Negara kira-kira pukul 3.49 petang ini.

Ismail Sabri sempat melambai kepada hampir 50 petugas media yang berkumpul di pekarangan Istana Negara untuk membuat liputan perkembangan politik semasa tanah air.

Terdahulu, dalam satu sidang akhbar di Putrajaya hari ini, Ismail Sabri tidak menolak kemungkinan isu pembubaran Parlimen akan dipersembah kepada Seri Paduka petang ini.


Menurut beliau, ini kerana ia bergantung kepada keadaan sama ada sempat atau tidak untuk dibincangkan dengan Seri Paduka dalam kunjungan rutin beliau setiap kali menjelang mesyuarat Kabinet.




Untuk rekod, mesyuarat Kabinet kebiasaannya diadakan pada Rabu dengan Perdana Menteri akan menghadap Yang di-Pertuan Agong pada pukul 4 petang Selasa.

Namun apabila Parlimen sedang bersidang, mesyuarat Kabinet akan dijalankan pada Jumaat dengan sesi pra-Kabinet diadakan pada pukul 4 petang Khamis. 

– UTUSAN